Apa khabar kepada pembaca-pembaca kami? Alhamdullilah ke hadrat illahi kita dipertemukan lagi dalam entri kali ini yang mana kami akan menerangkan konsep Pengurusan dan Pentadbiran dalam Islam.
Pengurusan atau pentadbiran merupakan element terpenting dalam Islam yang mana di dalam al Quran ada di sebut beberapa ayat yang mengenai pengurusan dan pentadbiran. Allah SWT ada menyebut perkataan "yudabbiru" yang membawa maksud mentadbir atau mengurus. Hal ini telah menggambarkan bahawa alam yang terbentang luas dengan seagala ekosistem yang maujud di dalamnya daripada sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara semuanya ditadbir urus dengan baik oleh Allah SWT
antara ayat-ayat yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran adalah
1. Surah As-Sajadah, Ayat : 2
Maksudnya : Allah mentadbirkan makhluk-makhlukNya; (bagi melaksanakan tadbirNya itu Ia menurunkan segala sebab dan peraturan) dari langit ke bumi; kemudian diangkat naik kepada pengetahuanNya (segala yang berlaku dari perlaksanaan tadbirNya itu untuk dihakimiNya) pada suatu masa yang (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) banyak bilangan tahunnya menurut hitungan masa kamu yang biasa
http://www.surah.my/32
2. Surah al- Ra'd, Ayat 2
Maksudnya : Allah jualah yang menjadikan langit terangkat
tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Ia
bersemayam di atas Arasy; dan Ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah
makhluk-makhlukNya) tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang
telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Ia menerangkan
tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan
kamu (untuk menerima balasan)
Maksudnya : Sesungguhnya Tuhan
kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa kemudian Ia
bersemayam di atas Arasy mentadbirkan segala urusan. Tidak ada sesiapa pun yang
dapat memberi syafaat melainkan sesudah diizinkanNya. (Yang bersifat demikian)
itulah Allah, Tuhan (yang memelihara dan mentadbirkan keadaan) kamu; maka
tunduklah dan taatlah kamu kepada perintahNya; patutkah kamu - setelah
mengetahui kenyataan yang tersebut tidak mahu mengingatiNya?
4. Surah Yunus, Ayat 31
Maksudnya : Bertanyalah kepada
mereka (yang musyrik itu): "Siapakah Yang memberi rezeki kepada kamu dari
langit dan bumi? Atau siapakah yang menguasai pendengaran dan penglihatan? Dan
siapakah yang mengeluarkan makhluk yang hidup dari benda yang mati, dan
mengeluarkan benda yang mati dari makhluk yang hidup? Dan siapakah pula yang
mentadbirkan urusan sekalian alam? "(Dengan pertanyaan-pertanyaan itu)
maka mereka (yang musyrik) tetap akan menjawab (mengakui) dengan berkata:
"Allah jualah yang menguasai segala-galanya! "Oleh itu, katakanlah: "(Jika
kamu mengakui yang demikian), maka mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?
Ungkapan yudabbirul amr yang disebut di dalam ayat-ayat al-Quran diatas yang membawa maksud mengatur segala urusan dirasakan sesuai untuk menjadi latar belakang dan teras kepada definisi Islam terhadap pengurusan dan pentadbiran. Al-Bura'ey dalam salah satu tulisannya menjelaskan takrif yudabbirul amr ini, sebagai merangkumi keupayaan merancang, merencana, mengarah, mengatur, mengurus dan mentadbir sesuatu urusan.
No comments:
Post a Comment