Assalamualaikum w.b.t
selamat datang ke entri kami yang pertama.Bagi entri kami yang pertama ini kita akan melihat maksud pengurusan dan pentadbiran dari sudut pandangan tokoh.
Maksud pengurusan dari sudut pandangan tokoh
Menurut Harold koontz & Heinz Wiehrich mentakrifkan pengurusan sebagai proses merancang dan memelihara persekitaran apabila individu bekerja bersama-sama dalam kumpulan, mencapai matlamat terpilih dengan berkesan. sebagai pengurus, manusia menjalankan fungsi pengurusan dalam perancangan, mengorganisasi, pengstafan, pemimpinan dan pengawalan.
Manakala menurut Wan Azmi pula pengurusan adalah satu aktiviti perancangan dan pergerakan atau panduan oleh sesuatu perusahaan atau organisasi berhubung dengan segala kaedah, peraturan, juga tanggungjawab dan tugas-tugas kakitangannya itu.
Maksud pentadbiran dari sudut pandangan tokoh
Menurut Ibnu Khaldun (1995) mendefinisikan pentadbiran islam sebagai suatu kegiatan masyarakat dalam menguruskan hal-hal kemanusiaan, berkumpulan dan bermatlamat. Beliau berpendapat bahawa pentandbiran adalah suatu konsep asas dalam bermasyarakat yang bertunjangkan kepada peranan manusia itu sendiri sebagai pemimpin organisasi ataupun masyarakat. Beliau juga menyatakan pentadbiran islam adalah ira sati ad-din wa siyasatun dunya bih (meletakkan agam di tempat yang paling tinggi dan mentadbir dunia dengannya).
No comments:
Post a Comment