Kepimpinan Islam mengambil kira kedua-dua belah pihak
iaitu pemimpin dan yang dipimpin.
Walaupun ketua biasanya seorang, tetapi dalam Islam terserlah
satu tindakan bersama kerana terdapatnya peluang untuk berbincang,bermesyuarat
(syura) dan kebebasan untuk mengeluarkan pendapat yang cukup luas.
Islam menonjolkan sikap sederhana dalam setiap perkara.
Tindakan perundangan merupakan langkah terakhir yang perlu diambil untuk
mengatasi sebarang salah laku yang wujud dalam pengurusan.
konsep menasihati, tegur menegur merupakan langkah awal yang
boleh dilakukan untuk mengatasi setiap permasalahan.
CONTOH PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TERBAHAGI KEPADA 4 :
1-AL-SYURA
2-AL-'ADALAH
3-AL-MUSAWAH
4-AL-HURIYYAH
AMALAN AL-SYURA
• Syura merupakan suatu proses perbincangan, perundingan
atau permesyuaratan bagi mencapai permuafakatan dan persetujuan dalam membuat
keputusan mengenai sesuatu polisi dan agenda tindakan. Ini sejajar dengan
suruhan al-Quran dan amalan Rasulullah s.a.w.
“Dan (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang
menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan
sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan
mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami berikan kepadanya”.
(al-Shura: 38)
“…dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan
dan soal-soal keduniaan itu), apabila telah tetap keazaman maka bertawakallah
kepada Allah”.
(al-cImran :159)
• Proses syura memberi peluang kepada mereka yang terlibat
untuk mengemukakan pandangan secara bebas dan pada masa yang sama menghargai
pandangan pihak lain untuk mencapai keputusan yang terbaik melalui partisipasi
berbagai-bagai pihak dalam perkara yang menyangkut kepentingan bersama.
• Syura mempunyai limitasi keharusannya, iaitu:
1. Syura tidak
seharusnya diadakan dalam membincangkan perkara-perkara yang telah dinaskan
melainkan dalam menentukan cara-cara untuk melaksanakan perkara-perkara yang
telah dinaskan tersebut.
Contohnya, tidak
harus membincangkan untuk melaksanakan atau tidak undang-undang Islam, tetapi
diharuskan berbincang tentang pendekatan yang boleh diambil untuk melaksanakan
undang-undang tersebut.
2. Syura tidak harus
diadakan untuk membincangkan perkara-perkara yang jelas bertentangan dengan
kehendak-kehendak nas syarak (ketentuan al-Quran dan al-Sunnah).
Contohnya, tidak
boleh mengadakan perbincangan dan perundingan untuk menghalalkan perjudian
kerana ia dengan jelas bertentangan dengan nas syarak yang telah
mengharamkannya.
AMALAN AL-'ADALAH
1. Keadilan dalam
membuat keputusan.
“Dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia,
(Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil”.
(al-Nisa’ : 58 )
2. Keadilan dalam
pengucapan.
“Dan apabila kamu mengatakan sesuatu (semasa membuat apa-apa
keterangan) maka hendaklah kamu berlaku adil sekalipun orang itu ada hubungan
kerabat denganmu”.
(al-Ancam:152)
3. Keadilan dalam
(mengejar) keselamatan.
“Dan peliharalah diri kamu daripada (huru hara) hari kiamat
(yang padanya) seseorang tidak dapat mengganti atau melepaskan orang lain
sedikit pun, dan tidak akan diterima daripadanya sebarang tebusan, dan tidak
akan memberi manfaat kepadanya sebarang manfaat dan orang-orang yang salah itu
tidak akan ditolong (dari azab dan sengsara)”.
(al-Baqarah:123 )
4. Keadilan terhadap
Allah SWT.
Tidak syirik dan
menyamakan Allah SWT dengan sesuatu. Orang-orang kafir telah melakukan
kesyirikan, ini berdasarkan firman Allah SWT, bermaksud:
“Dalam pada itu, orang kafir menyamakan (sesuatu yang lain)
dengan Tuhan mereka.
(Al-Ancam:1)
Oleh itu Allah SWT
berfirman, bermaksud:
“Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara
isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya)”.
(al-Nisa’ :129)
5. Keadilan
berdasarkan kesempurnaan timbangan dan ukuran.
Secara umumnya
kesempurnaan ini bermaksud (sesuatu benda tertentu itu) sama (dengan yang lain)
dari segi timbangan dan saiz. Kesempurnaan demikian adalah baik kesannya bagi
manusia di dunia dan di akhirat. Al-Qur’an menggambarkan:
“Dan sempurnakanlah sukatan apabila kamu menyukat, dan
timbanglah dengan timbangan yang adil. Yang demikian itu baik (kesannya bagi
kamu di dunia) dan sebaik-baik kesudahan (yang mendatangkan pahala di akhirat
kelak).
(al-Isra’ :35)
• Dalam konteks pentadbiran atau pengurusan, keadilan boleh
berlaku dalam hal-hal seperti berikut:-
a. Keadilan dalam bentuk yang bersamaan.
Contohnya, semua
kakitangan (lelaki atau perempuan) berhak untuk mendapat pembayaran gaji pada
hari yang sama pada setiap akhir bulan.
b. Keadilan dalam
bentuk yang berbeza.
Contohnya, jumlah
imbuhan, gaji, elaun dan ganjaran yang akan diterima oleh setiap kakitangan
akan berbeza mengikut tahap perjawatan atau profesion masing-masing.
c. Keadilan dalam
bentuk hak keistimewaan.
Contohnya, ketua
jabatan boleh menggunakan keistimewaan (privilege) untuk mengubahsuai atau
menetapkan peraturan dalam pejabat (local rules) demi kebaikan jabatan.
• Keadilan hendaklah menjadi prioriti utama kepada mana-mana
sistem pengurusan atau pentadbiran. Tanpa keadilan sesuatu pentadbiran itu
tidak akan bermakna dan tidak akan dapat berfungsi dengan sebaik mungkin.
AMALAN AL-MUSAWAH
• Para pentadbir atau pengurus, ketua dan surbodinat, adalah
sama disisi peraturan atau undang-undang yang syar’ie, tanpa sebarang
pengecualian atau keistimewaan. Tiada sesiapa yang boleh menjatuhkan taraf dan
kehormatan orang lain melainkan jika ianya dibenarkan oleh undang-undang.
• Manusia (pekerja atau pengurus) seharusnya diberi
persamaan dari segi:
a. Tanggungjawab
terhadap undang-undang.
b. Tangungjawab
terhadap hukuman.
c. Agihan dan
penerimaan kemudahan-kemudahan.
• Prinsip persamaan ini berhubung rapat dengan satu lagi
prinsip iaitu keadilan.
AMALAN AL-HURIYYAH
• Seseorang individu itu diberi hak, peluang dan pilihan
untuk beragama, berfikir, bersuara, mencari harta, menuntut ilmu, bergerak dan
sebagainya mengikut batas-batas undang-undang yang dikuatkuasakan.
• Mengikut undang-undang, seseorang itu itu berhak untuk
mendapat kebebasan dalam perkara-perkara berikut:-
a. Kebebasan diri.
• Setiap individu tidak boleh dinafikan hak kebebasan
dirinya.
• Setiap individu itu adalah berhak untuk tidak
memperhambakan dirinya kepada mana-mana ketuanan.
• Setiap individu berhak untuk mendapatkan perlindungan
daripada undang-undang yang dikuatkuasakan dan tidak boleh dinafikan haknya
melainkan melalui perintah undang-undang.
b. Kebebasan beragama.
• Setiap individu juga tidak boleh dinafikan haknya
beragama.
• Mereka tidak boleh dilarang daripada menjalani kehidupan
beragama, melaksana kan tuntutan agama dan lain-lain lagi.
• Islam sama sekali tidak boleh memaksa penganut-penganut
agama lain untuk memeluk agama Islam.
c. Kebebasan menyuara
dan mengeluarkan pendapat.
• Kebebasan menyuara dan mengeluarkan pendapat dalam Islam
tidak terhad kepada individu muslim sahaja, malah meliputi yang bukan Islam.
Kebebasan tersebut tidaklah mutlak sehingga boleh mengancam kebebasan,
kehormatan dan hak-hak individu lain.
• Kebebasan yang diberikan adalah setakat yang dibenarkan
oleh undang-undang.
• Kebebasan ini sejajar dengan amalan syura yang dianjurkan
oleh Islam. Melalui kebebasan ini, sesebuah organisasi itu akan menjadi
bertambah mantap dan kukuh hasil daripada penyaringan berbagai-bagai pendapat
yang bernas dan berfaedah.
d. Kebebasan bergerak
dan tiada pembatasan untuk bergerak.
• Setiap manusia diberikan kebebasan untuk bergerak dari
satu tempat ke suatu tempat yang lain. Mereka tidak sepatutnya dibataskan
pergerakan mereka. Namun begitu, jika pembatasan ini terpaksa dilakukan demi
keselamatan atau atas kehendak undang-undang, maka individu-individu tersebut
hendaklah patuh kepada kehendak-kehendak tersebut.
e. Kebebasan untuk
mencari dan memiliki harta.
• Setiap individu tidak seharusnya dinafi kan untuk bebas
dan memiliki harta.
• Pencarian dan pemilikan harta-harta tersebut hendaklah
setakat yang dibenarkan oleh undang-undang dan tidak berlawanan dengannya.
• Kebebasan jenis ini hendaklah menjadi keutamaan kepada
pihak organisasi atau jabatan dalam ertikata pihak-pihak tersebut hendaklah
juga memberikan keutamaan kepada para pekerjanya untuk sama-sama merasai dan
memiliki keuntungan syarikat atau jabatan dengan pembayaran gaji, imbuhan serta
elaun yang setimpal.
• Penafian terhadap salah satu daripada hak-hak tersebut
akan menyebabkan pencabulan terhadap hak kemanusiaan.
• Kebebasan yang diberikan adalah tidak mutlak.
• Kebebasan yang diberikan tidak boleh digunakan untuk
mendatangkan ancaman kepada pihak-pihak lain atau mencabul kebebasan pihak
lain.
• Kebebasan yang dianjurkan oleh Islam adalah yang paling
ideal berbanding kebebasan yang dianjurkan oleh ciptaan manusia.