Thursday, 17 March 2016

MAKLUMAT AHLI KUMPULAN

1-   NURAQILAH BINTI ABD ZAMAN
    10DPM15F1060
          21 TAHUN
          KULAI, JOHOR

2-NUR ALIYAH BINTI MOHD ARIS
   10DPM15F1043
         19 TAHUN
          PULAU PINANG

3- SITI NORAZLIN BINTI TERMIZI                           
     10DPM15F1021
     19 TAHUN
     SHAH ALAM, SELANGOR

4-NORNIHAYATUL ALIA BINTI MOHD AZMAN@TUAH
    10DPM15F1013
    19 TAHUN
    AMPANG, SELANGOR



PENGURUSAN DALAM ISLAM



PENTADBIRAN DALAM ISLAM


Saturday, 12 March 2016

Contoh pengurusan dan pentadbiran dalam islam

Kepimpinan Islam mengambil kira kedua-dua belah pihak
iaitu pemimpin dan yang dipimpin.
Walaupun ketua biasanya seorang, tetapi dalam Islam terserlah satu tindakan bersama kerana terdapatnya peluang untuk berbincang,bermesyuarat (syura) dan kebebasan untuk mengeluarkan pendapat yang cukup luas.
Islam menonjolkan sikap sederhana dalam setiap perkara. Tindakan perundangan merupakan langkah terakhir yang perlu diambil untuk mengatasi sebarang salah laku yang wujud dalam pengurusan.

konsep menasihati, tegur menegur merupakan langkah awal yang boleh dilakukan untuk mengatasi setiap permasalahan.

CONTOH PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TERBAHAGI KEPADA 4 :

1-AL-SYURA
2-AL-'ADALAH
3-AL-MUSAWAH
4-AL-HURIYYAH

AMALAN AL-SYURA
• Syura merupakan suatu proses perbincangan, perundingan atau permesyuaratan bagi mencapai permuafakatan dan persetujuan dalam membuat keputusan mengenai sesuatu polisi dan agenda tindakan. Ini sejajar dengan suruhan al-Quran dan amalan Rasulullah s.a.w.

“Dan (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami berikan kepadanya”.
 (al-Shura: 38)

“…dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal keduniaan itu), apabila telah tetap keazaman maka bertawakallah kepada Allah”.
 (al-cImran :159)

• Proses syura memberi peluang kepada mereka yang terlibat untuk mengemukakan pandangan secara bebas dan pada masa yang sama menghargai pandangan pihak lain untuk mencapai keputusan yang terbaik melalui partisipasi berbagai-bagai pihak dalam perkara yang menyangkut kepentingan bersama.

• Syura mempunyai limitasi keharusannya, iaitu:
 1. Syura tidak seharusnya diadakan dalam membincangkan perkara-perkara yang telah dinaskan melainkan dalam menentukan cara-cara untuk melaksanakan perkara-perkara yang telah dinaskan tersebut.
 Contohnya, tidak harus membincangkan untuk melaksanakan atau tidak undang-undang Islam, tetapi diharuskan berbincang tentang pendekatan yang boleh diambil untuk melaksanakan undang-undang tersebut.
 2. Syura tidak harus diadakan untuk membincangkan perkara-perkara yang jelas bertentangan dengan kehendak-kehendak nas syarak (ketentuan al-Quran dan al-Sunnah).
 Contohnya, tidak boleh mengadakan perbincangan dan perundingan untuk menghalalkan perjudian kerana ia dengan jelas bertentangan dengan nas syarak yang telah mengharamkannya.

AMALAN AL-'ADALAH
 1. Keadilan dalam membuat keputusan.
“Dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil”.
 (al-Nisa’ : 58 )

 2. Keadilan dalam pengucapan.
“Dan apabila kamu mengatakan sesuatu (semasa membuat apa-apa keterangan) maka hendaklah kamu berlaku adil sekalipun orang itu ada hubungan kerabat denganmu”.
 (al-Ancam:152)

 3. Keadilan dalam (mengejar) keselamatan.
“Dan peliharalah diri kamu daripada (huru hara) hari kiamat (yang padanya) seseorang tidak dapat mengganti atau melepaskan orang lain sedikit pun, dan tidak akan diterima daripadanya sebarang tebusan, dan tidak akan memberi manfaat kepadanya sebarang manfaat dan orang-orang yang salah itu tidak akan ditolong (dari azab dan sengsara)”.
 (al-Baqarah:123 )

 4. Keadilan terhadap Allah SWT.
 Tidak syirik dan menyamakan Allah SWT dengan sesuatu. Orang-orang kafir telah melakukan kesyirikan, ini berdasarkan firman Allah SWT, bermaksud:
“Dalam pada itu, orang kafir menyamakan (sesuatu yang lain) dengan Tuhan mereka.
 (Al-Ancam:1)
 Oleh itu Allah SWT berfirman, bermaksud:
“Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya)”.
 (al-Nisa’ :129)

 5. Keadilan berdasarkan kesempurnaan timbangan dan ukuran.
 Secara umumnya kesempurnaan ini bermaksud (sesuatu benda tertentu itu) sama (dengan yang lain) dari segi timbangan dan saiz. Kesempurnaan demikian adalah baik kesannya bagi manusia di dunia dan di akhirat. Al-Qur’an menggambarkan:
“Dan sempurnakanlah sukatan apabila kamu menyukat, dan timbanglah dengan timbangan yang adil. Yang demikian itu baik (kesannya bagi kamu di dunia) dan sebaik-baik kesudahan (yang mendatangkan pahala di akhirat kelak).
 (al-Isra’ :35)

• Dalam konteks pentadbiran atau pengurusan, keadilan boleh berlaku dalam hal-hal seperti berikut:-

a. Keadilan dalam bentuk yang bersamaan.
 Contohnya, semua kakitangan (lelaki atau perempuan) berhak untuk mendapat pembayaran gaji pada hari yang sama pada setiap akhir bulan.

 b. Keadilan dalam bentuk yang berbeza.
 Contohnya, jumlah imbuhan, gaji, elaun dan ganjaran yang akan diterima oleh setiap kakitangan akan berbeza mengikut tahap perjawatan atau profesion masing-masing.

 c. Keadilan dalam bentuk hak keistimewaan.
 Contohnya, ketua jabatan boleh menggunakan keistimewaan (privilege) untuk mengubahsuai atau menetapkan peraturan dalam pejabat (local rules) demi kebaikan jabatan.
• Keadilan hendaklah menjadi prioriti utama kepada mana-mana sistem pengurusan atau pentadbiran. Tanpa keadilan sesuatu pentadbiran itu tidak akan bermakna dan tidak akan dapat berfungsi dengan sebaik mungkin.

AMALAN AL-MUSAWAH
• Para pentadbir atau pengurus, ketua dan surbodinat, adalah sama disisi peraturan atau undang-undang yang syar’ie, tanpa sebarang pengecualian atau keistimewaan. Tiada sesiapa yang boleh menjatuhkan taraf dan kehormatan orang lain melainkan jika ianya dibenarkan oleh undang-undang.

• Manusia (pekerja atau pengurus) seharusnya diberi persamaan dari segi:
 a. Tanggungjawab terhadap undang-undang.
 b. Tangungjawab terhadap hukuman.
 c. Agihan dan penerimaan kemudahan-kemudahan.

• Prinsip persamaan ini berhubung rapat dengan satu lagi prinsip iaitu keadilan.

AMALAN AL-HURIYYAH
• Seseorang individu itu diberi hak, peluang dan pilihan untuk beragama, berfikir, bersuara, mencari harta, menuntut ilmu, bergerak dan sebagainya mengikut batas-batas undang-undang yang dikuatkuasakan.

• Mengikut undang-undang, seseorang itu itu berhak untuk mendapat kebebasan dalam perkara-perkara berikut:-

a. Kebebasan diri.
• Setiap individu tidak boleh dinafikan hak kebebasan dirinya.
• Setiap individu itu adalah berhak untuk tidak memperhambakan dirinya kepada mana-mana ketuanan.
• Setiap individu berhak untuk mendapatkan perlindungan daripada undang-undang yang dikuatkuasakan dan tidak boleh dinafikan haknya melainkan melalui perintah undang-undang.

 b. Kebebasan beragama.
• Setiap individu juga tidak boleh dinafikan haknya beragama.
• Mereka tidak boleh dilarang daripada menjalani kehidupan beragama, melaksana kan tuntutan agama dan lain-lain lagi.
• Islam sama sekali tidak boleh memaksa penganut-penganut agama lain untuk memeluk agama Islam.

 c. Kebebasan menyuara dan mengeluarkan pendapat.
• Kebebasan menyuara dan mengeluarkan pendapat dalam Islam tidak terhad kepada individu muslim sahaja, malah meliputi yang bukan Islam. Kebebasan tersebut tidaklah mutlak sehingga boleh mengancam kebebasan, kehormatan dan hak-hak individu lain.
• Kebebasan yang diberikan adalah setakat yang dibenarkan oleh undang-undang.
• Kebebasan ini sejajar dengan amalan syura yang dianjurkan oleh Islam. Melalui kebebasan ini, sesebuah organisasi itu akan menjadi bertambah mantap dan kukuh hasil daripada penyaringan berbagai-bagai pendapat yang bernas dan berfaedah.

 d. Kebebasan bergerak dan tiada pembatasan untuk bergerak.
• Setiap manusia diberikan kebebasan untuk bergerak dari satu tempat ke suatu tempat yang lain. Mereka tidak sepatutnya dibataskan pergerakan mereka. Namun begitu, jika pembatasan ini terpaksa dilakukan demi keselamatan atau atas kehendak undang-undang, maka individu-individu tersebut hendaklah patuh kepada kehendak-kehendak tersebut.

 e. Kebebasan untuk mencari dan memiliki harta.
• Setiap individu tidak seharusnya dinafi kan untuk bebas dan memiliki harta.
• Pencarian dan pemilikan harta-harta tersebut hendaklah setakat yang dibenarkan oleh undang-undang dan tidak berlawanan dengannya.
• Kebebasan jenis ini hendaklah menjadi keutamaan kepada pihak organisasi atau jabatan dalam ertikata pihak-pihak tersebut hendaklah juga memberikan keutamaan kepada para pekerjanya untuk sama-sama merasai dan memiliki keuntungan syarikat atau jabatan dengan pembayaran gaji, imbuhan serta elaun yang setimpal.
• Penafian terhadap salah satu daripada hak-hak tersebut akan menyebabkan pencabulan terhadap hak kemanusiaan.
• Kebebasan yang diberikan adalah tidak mutlak.
• Kebebasan yang diberikan tidak boleh digunakan untuk mendatangkan ancaman kepada pihak-pihak lain atau mencabul kebebasan pihak lain.
• Kebebasan yang dianjurkan oleh Islam adalah yang paling ideal berbanding kebebasan yang dianjurkan oleh ciptaan manusia.

Sunday, 6 March 2016

Konsep Pengurusan dan Pentadbiran Dalam Islam

Assalamualaikum w.b.t ,

      Apa khabar kepada pembaca-pembaca kami?  Alhamdullilah ke hadrat illahi kita dipertemukan lagi dalam entri kali ini yang mana kami akan menerangkan konsep Pengurusan dan Pentadbiran dalam Islam. 

       Pengurusan atau pentadbiran merupakan element terpenting dalam Islam yang mana di dalam al Quran ada di sebut beberapa ayat yang mengenai pengurusan dan pentadbiran. Allah SWT ada menyebut perkataan "yudabbiru" yang membawa maksud mentadbir atau mengurus. Hal ini telah menggambarkan bahawa alam yang terbentang luas dengan seagala ekosistem yang maujud di dalamnya daripada sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara semuanya ditadbir urus dengan baik oleh Allah SWT


antara ayat-ayat yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran adalah

1. Surah As-Sajadah, Ayat : 2 
     




Maksudnya : Allah mentadbirkan makhluk-makhlukNya; (bagi melaksanakan tadbirNya itu Ia menurunkan segala sebab dan peraturan) dari langit ke bumi; kemudian diangkat naik kepada pengetahuanNya (segala yang berlaku dari perlaksanaan tadbirNya itu untuk dihakimiNya) pada suatu masa yang (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) banyak bilangan tahunnya menurut hitungan masa kamu yang biasa

http://www.surah.my/32

2. Surah al- Ra'd, Ayat 2

     


Maksudnya : Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; dan Ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya) tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Ia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan)


3. Surah Yunus , Ayat : 3

Maksudnya : Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa kemudian Ia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan segala urusan. Tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi syafaat melainkan sesudah diizinkanNya. (Yang bersifat demikian) itulah Allah, Tuhan (yang memelihara dan mentadbirkan keadaan) kamu; maka tunduklah dan taatlah kamu kepada perintahNya; patutkah kamu - setelah mengetahui kenyataan yang tersebut tidak mahu mengingatiNya?


4. Surah Yunus, Ayat 31



Maksudnya : Bertanyalah kepada mereka (yang musyrik itu): "Siapakah Yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Atau siapakah yang menguasai pendengaran dan penglihatan? Dan siapakah yang mengeluarkan makhluk yang hidup dari benda yang mati, dan mengeluarkan benda yang mati dari makhluk yang hidup? Dan siapakah pula yang mentadbirkan urusan sekalian alam? "(Dengan pertanyaan-pertanyaan itu) maka mereka (yang musyrik) tetap akan menjawab (mengakui) dengan berkata: "Allah jualah yang menguasai segala-galanya! "Oleh itu, katakanlah: "(Jika kamu mengakui yang demikian), maka mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?


        Ungkapan yudabbirul amr yang disebut di dalam ayat-ayat  al-Quran diatas yang membawa maksud mengatur segala urusan dirasakan sesuai untuk menjadi latar belakang dan teras kepada definisi Islam terhadap pengurusan dan pentadbiran. Al-Bura'ey dalam salah satu tulisannya menjelaskan takrif yudabbirul amr ini, sebagai merangkumi keupayaan merancang, merencana, mengarah, mengatur, mengurus dan mentadbir sesuatu urusan.